Wednesday 25 March 2015

Utamakan Cinta Allah SWT

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi sekiranya kita masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk mengecapi rasa manis cintaNya sebelum kita menemui ajal. Cinta kepada manusia dan cinta kepada Allah sangatlah berbeza kemanisannya.. Sebelum mengejar cinta manusia, eloklah kita mengejar cinta Allah terlebih dahulu. Tak rugi sekiranya kita tinggalkan seseorang yg kita sayang, semata-mata hendak mengejar cinta Allah SWT. Tidak terhitung nilainya sekiranya kita mengutamakan Allah dalam segala hal kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui dlm setiap benda yg kita lakukan dan niat yg kita tetapkan dalam matlamat kita. Sekiranya kita ikhlas melakukan amal ibadat kerana Allah, In Shaa Allah hidup lebih tenang, dipermudahkan segala urusan dan kita mampu mencipta syurga hati.

Dalam mengejar cinta Allah SWT, hati kita mestilah berlapang dada untuk menerima segala teguran drpd org yg lebih arif dlm bidang agama Islam. Kita perlu berkorban untuk meninggalkan apa yang ditegah dlm Islam sekiranya kita mempunyai niat untuk berhijrah ke jalan Allah di samping mengejar cintaNya yg hakiki..

"La Tahzan Innallaha ma'ana" - (jangan bersedih.. Allah bersama kita)